Amalan Ramadhan ; Fadhilah Sholat Tarawih

Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 1 :

Dosanya dihapuskan seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya.

Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 2 :

Diampunkan dosanya, juga dosa-dosa kedua ibu bapaknya, jika keduanya itu Muslim.

Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 3 :

Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan “Beramallah, kerana Allah telah mengampunkan dosamu yang telah lalu.”

Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 4 :

Diberi pahala yang sama dengan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al Quran.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 5 :

Diberi pahala umpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram
di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin.

Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 6 :

Diberi pahala umpama orang yang bertawaf di Baitullah; batu-batu dan pasir-pasir turut memohon ampun untuknya.

Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 7 :

Seperti orang yang hidup sezaman dengan Nabi Allah Musa, yang membantunya mengalahkan Firaun dan Hamman.

Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 8 :

Diberi Allah segala apa yang pernah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ibrahim a.s.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 9 :

Pahala menyembah Allah baginya seperti Rasulullah SAW dan nabi-nabi menyembah Allah.

Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 10 :

Dikurniakan Allah kebaikan di dunia dan Akhirat

Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 11 :

Keluar dari dunia seperti mana dia dilahirkan bersih dari segala dosa.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 12 :

Di Hari Qiamat wajahnya bercahaya dan bersinar umpama bulan purnama.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 13 :

Di Hari Qiamat keadaannya aman dari segala kejahatan dan keburukan



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 14 :

Malaikat akan menjadi saksi (atas sembahyang Tarawihnya itu) di Hari Qiamat ia dibebaskan Allah dari segala kemudaratan.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 15 :

Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi berselawat dan meminta ampun untuknya.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 16 :

Dituliskan baginya lepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 17 :

Diberikan pahala sebanyak pahala para Nabi.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 18 :

Malaikat berseru: “Wahai hamba Allah! Bahwasanya telah ridha Allah kepadamu dan kedua ibu bapakmu.”



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 19 :

Diangkat derajatnya ke dalam Syurga Firdaus.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 20 :

Diberikan pahala para syuhada dan solehin.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 21 :

Dibuatkan untuknya istana dari nur di dalam Syurga.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 22 :

Di Hari Qiamat, ia akan diamankan dari segala dukacita dan kerisauan.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 23 :

Dibangunkan untuknya sebuah bandar di dalam Syurga.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 24 :

Dibuka peluang baginya berdoa sebanyak 24 kali yang akan dimakbul oleh Allah.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 25 :

Diselamatkan dari siksa kubur.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 26 :

Dianugerah pahala ibadah baginya selama 40 tahun.

Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 27 :

Dapat melintas titian Sirat di Akhirat kelak, kelajuannya seperti kilat.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 28 :

Dianugerahkan baginya 1,000 derajat di Akhirat.



Fadhilah Shalat Tarawih Malam ke 29 :

Dikurniakan pahala 1,000 ibadah haji yang mabrur.

Dari kitab Durrotun Nasihin